
Duit duit duit.... Bila sebut pasal duit, semua org kenal... ringgit? dolar? dinar? etc.. semua tue duit... ada org kata kalau ada duit semua boleh jadi... teringat pula satu hikayat melayu lama.. "AWaNG aDa DuiT SeMua JaDi"
Awang kata:-
"ada duit semua jadi".. kemana sahaja Awang pergi ayat ini yang disebutnya, sehinggalah sampai di telinga Sultan.. sehingga Sultan mencabar Awang untuk membuktikan kata-katanya..
Mungkin benar agaknya.......
Dijadikan cerita Awang dikahwinkan dengan tuan puteri, tapi disyaratkan tidak berjumpa sehingga tuan puteri mengandung dalam tempoh yang ditetapkan... Jika tuan puteri tidak mengandung dalam masa setahun Awang akan dijatuhkan hukuman bunuh....
Tapi Awang tidak sebodoh yang disangka...
Dengan "DUIT" dibuatkan merak emas yang besar untuk hadiah tuan puteri.. Didalam merak emas itulah Awang menyembunyikan dirinya untuk bertemu tuan puteri... tiada siapa yang tahu, Awang tinggal didalam merak emas selama ini... sehinggalah tuan puteri bunting...
Apatah lagi zaman sekarang nie... manusia sanggup lupa diri kerana duit...
Teringat kisah awal 'memegang duit sendiri'...
lepasan SPM dengan bekerja sebagai operator kilang dengan gaji sehari RM18.. satu bulan 22hari X RM18 = RM396... 1st time merasa duit titik peluh sendiri... banyaknya... bila dah lama sikit.. rasa banyak tue hilang... yang timbul rasa sedikit...
Betulah... org kate duit tak pernah cukup klau diberi banyak mana sekalipun... Bila merasa gaji RM1,000 hati akan terdetik... kalaulah.. gaji nie RM1,500 tentu cukup... bila diberi RM3,+++ kenapa perasaan tidak cukup itu tetap datang? kenapa?
Moral cerita:
Sebenarnya ada duit pun tapi kalau tiada AKAL, duit tak berguna..

